Fasa 4: Refleksi

6 Disember 2021

Dalam fasa refleksi, kami dikehendaki untuk menganalisis data yang diperoleh daripada temu bual yang telah dijalankan pada fasa ke-2.

Analisis maklum balas

Soalan terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Peribadi), Bahagian B (Pengetahuan terhadap Rukun Negara) dan Bahagian C (Pengetahuan terhadap kepentingan institusi beraja)

Bahagian A

carta pai jantina

Carta pai di atas menunjukkan jumlah responden antara lelaki dan perempuan. 77 daripada 118 orang responden adalah perempuan dan selebihnya, 44 orang, adalah lelaki.

graf bar umur

Berdasarkan graf bar di atas, dapat kita simpulkan bahawa masyarakat umum yang berumur 20 tahun adalah paling banyak hadir menjawab Google Form yang diberikan, iaitu seramai 56 orang, seterusnya di tangga kedua ialah seramai 41 orang yang berumur 19 tahun dan diikuti dengan umur 21 tahun ( 15 orang ), 18 tahun dan terakhir sekali yang kurang cakna dalam menjawab Google Form adalah berumur 23 dan 25 tahun dimana masing-masing hanya seorang sahaja.

carta pai kaum

Jelaslah dapat kita lihat responden dalam kajian ini adalah majoritinya daripada kaum Melayu 96.6%, ini bertepatanlah dengan bilangan purata dimana secara keseluruhan masyarakat di seluruh Malaysia ialah terdiri daripada Kaum Melayu. Manakala responden selebihnya daripda kaum Cina, India, Bumiputera, India Muslim dan Banjar.

Bahagian B

Soalan kajian Jawpan 1 Jawapan 2 Jawapan 3
Apakah pistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia? Republik Demokrasi Raja Berperlembagaan Monarki
Jumlah responden 1 116 1
Adakah institusi raja patut dipertahankan di Malaysia? Patut Tidak Mungkin
Jumlah responden 116 1 1
Tahun bilakah konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan di Malaysia? Tahun 1963 Tahun 1970 Tahun 1957
Jumlah responden 44 16 58
Kesetiaan kepada raja dan negara merupakan rukun negara yang ke-? Pertama Kedua Ketiga
Jumlah responden 10 105 3
Apakah cara yang patut dilakukan untuk mempertahankan warisan institusi beraja? Rakyat mengendahkan sumbangan institusi Melanggar undang-undang negara Menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara
Jumlah responden 0 1 117

Jadual 1: Data Bahagian B

Soalan 1: Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

Berdasarkan soalan ini, kita dapat tahu tahap kesedaran masyarakat umum terhadap sistem yang diamalkan di Malaysia Terdapat tiga pilihan jawapan, iaitu mengamalkan pemerintahan republik, demokrasi raja berperlembagaan dan pemerintahan monarki.

Berdasarkan data yang diperoleh, dapat kita simpulkan bahawa masyarakat umum tahu bahawa Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi raja berperlembagaan. Ini terbukti apabila seramai 116 orang responden telah menjawab dengan betul.

Soalan 2: Adakah institusi raja patut dipertahankan di Malaysia?

Terdapat tiga pilihan jawapan untuk soalan ini iaitu jawapan pertama patut dipertahankan, kedua tidak dan ketiga mungkin patut dipertahankan.

Menurut data yang diperoleh, kami dapati sebahagian besar masyarakat masih mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Ini kerana seramai 116 orang menjawab institusi raja patut dipertahankan.

Soalan 3: Tahun bilakah konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan di Malaysia?

Dahulu kalanya, kita mengamalkan pemerintahan di mana raja berkuasa mutlak, namun seiring dengan perubahan waktu dan kesesuaian keadaan negara kita telah memperkenalkan corak pemerintahan Raja Berperlembagaan di mana raja juga tertaluk kepada undang-undang. Oleh itu, timbul persoalan, adakah responden tahu bilakah ia diperkenalkan.

Berdasarkan data jadual 1, seramai 58 orang responden menjawab dengan betul soalan ini iaitu pada tahun 1957. Ini menunjukkan bahawa responden tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh berkenaan dengan sejarah.

Soalan 4: Kesetiaan kepada raja dan negara merupakan rukun negara yang ke-?

Daripada 5 rukun negara yang diperkenalkan di Malaysia, kita mesti mengetahui bahawa ia disusun mengikut tertib menaik, di mana yang paling atas adalah yang paling penting dan yang dibawah sekali juga adalah penting untuk keharmonian negara kita. Oleh itu, adakah responden tahu di tangga ke berapakah prinsip rukun negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Hasil soal selidik mendapati bahawa, terdapat 105 orang responden menjawab dengan betul. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa majoriti masyarakat umum tahu akan kedudukan rukun negara.

Soalan 5: Apakah cara yang patut dilakukan untuk mempertahankan warisan institusi beraja?

Mempertahankan warisan institusi beraja bererti mempertahankan kedaulatan Malaysia agar tidak ternoda oleh musuh-musuh. Oleh itu, sejauh manakah masyarakat mempunyai semangat cinta akan negara.

Bagi soalan ini, terdapat tiga pilihan jawapan iaitu rakyat mengendahkan sumbangan institusi beraja, melanggar undang-undang negara, menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara. Berdasarkan jadual 1, seramai 117 orang responden menjawab menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara. Di sini dapat kami lihat bahawa masyarakat masih mempunyai nilai cinta kepada negara dan semangat patriotik.

Bahagian C

Soalan 1

Soalan Kajian Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3
Selain daripada kuasa dan peranan, adakah Institusi Raja dijamin oleh perlembagaan? Ya Tidak Tidak Pasti
Jumlah responden 99 5 14

Berdasarkan data diperoleh, kami dapati bahawa majoriti masyarakat umum mempunyai pengetahuan yang kukuh berkenaan dengan Institusi Raja.

Soalan 2

Soalan Kajian Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3
Adakah perlembagaan negara dapat didukung dengan meletakkan unsur kesetiaan kepada raja dan negara? Ya Tidak Tidak Pasti
Jumlah respoden 107 2 9

Berdasarkan data diperoleh, dapatlah kita rumuskan bahawa responden tahu akan unsur Kesetiaan Kepada Raja dan Negara didukung oleh perlembagaan negara. Manakala selebihnya menjawab tidak dan tidak pasti.

Soalan 3

Soalan Kajian Betul Salah
Siapakah Yang di-Pertuan Agong ke-16? 99 19

Menurut data yang diperolehi, dapat kita rumuskan bahawa 99 orang responden tahu akan nama Yang di-Pertuan Agong semasa, manakala 19 orang lagi menjawab soalan ini dengan salah. Dapat kita simpulkan bahawa majoriti masyarakat umum masih mempunyai nilai cinta akan negara dan prihatin terhadap isu semasa.

Soalan 4

Soalan Kajian Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3 Jawapan 4
Apakah peranan dalam memartabatkan Institusi Raja? Mempelajari dan menghayati pelajaran tentang Institusi Raja dan kandungan nilai yang terkandung di dalamnya. Menghina institusi raja dengan menyebarkan perkara yang tidak sopan di media sosial. Memahami keperluan institusi raja dan mempertahankan dari segala hinaan. Menghormati dan menyanjungi institusi raja sebagai pemerintah tertinggi di Malaysia.
Jumlah responden 114 4 99 103

Berdasarkan data yang diperoleh majoriti daripada responden menjawab dengan jawapan yang relevan. Ini menunjukkan nilai semangat patriotik serta cinta kepada negara masih kukuh dalam kalangan masyarakat umum.

Soalan 5

Soalan Kajan Jawapan 1 Jawapan 2 Jawapan 3
Persepsi terhadap Institusi Beraja yang dianggap satu simbolik dan untuk ritual keagamaan perlu diperbetulkan kerana Islam bersifat syumul. Adakah anda menyokong kenyataan ini? Setuju Tidak setuju Kurang bersetuju
Jumlah responden 101 9 8

Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 101 orang responden bersetuju akan filsafat ini. Ini menunjukkan masyarakat umum masih mempunyai nilai cinta akan tanah air dan menghormati undang-undang negara.

Keperluan komuniti

Hasil kajian yang kami dapati daripada kajian yang telah dijalankan ialah masyarakat di negara kita mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Semangat patriotik dalam diri masyarakat sangat penting dan memberi banyak kesan positif terhadap negara dan bangsa. Seperti yang dikatakan di dalam sebuah artikel yang bertajuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Remaja yang ditulis oleh Rosyidah Muhamad, patriotisme akan mencorakkan daya ketahanan dan keiltizaman yang tinggi bagi membolehkan seseorang bertindak dengan berani dan cekal untuk mendaulatkan bangsa dan negara (Abdul Rahim 1999).

Cadangan

Setelah kami menjalankan kajian terhadap tahap pengetahuan masyarakat awam tentang Institusi Raja, kami mendapati bahawa terdapat banyak cara lain untuk menambah lagi ilmu pengetahuan rakyat Malaysia kerana perkara ini wajib diketahui oleh semua. Antara cadangan kami ialah dengan menggunakan media sosial sebagai platform penyebaran maklumat penting seperti siapakah raja kita, peranan raja dan lain-lain. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa mereka dengan media sosial dan ini adalah peluang yang terbaik. Tambahan pula, kebanyakkan generasi muda kurang memahami peranan raja-raja dan raja dianggap sebagai simbol sahaja. Hal ini kerana kita memerlukan generasi muda yang bijak demi masa hadapan negara kita.

Seterusnya, cadangan lain adalah media massa haruslah memainkan peranan sebagai penyebaran maklumat berkesan. Mereka hendaklah menyiarkan dan mempamerkan maklumat tentang Institusi Raja seperti kepentingan mendaulatkan Institusi Beraja, cara-cara mempertahankan warisan Institusi Raja, cara menghargai Institusi Raja dan sebagainya. Maklumat-maklumat tersebut bolehlah disiarkan melalui iklan di kaca televisyen atau radio serta di akhbar harian. Kebanyakan masyarakat hari ini menjadikan aktiviti menonton televisyen sebagai rutin harian. Mendengar radio pula kebiasaanya sering kali dilakukan oleh masyarakat semasa memandu kenderaan. Oleh itu, secara tidak langsung dapat memberi ilmu pengetahuan tentang Institusi Raja kepada masyarakat awam semasa menonton televisyen dan mendengar radio.