Fasa 3: e-Lapangan

15 November 2021

Untuk fasa e-Lapangan, kami diarahkan untuk menjalankan kerja lapangan bertujuan bagi mengumpul maklumat daripada komuniti sebanyak mungkin. Memandangkan endemik COVID-19 ini, pensyarah menggalakkan setiap kumpulan menjalankan kerja lapangan secara atas talian.

Kaedah pengumpulan data

Setelah perbincangan, kami bersetuju untuk menjalankan soal selidik sahaja dengan bantuan medium Google Form. Antara soalan yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?
  2. Adakah institusi raja patut dipertahankan di Malaysia?
  3. Tahun bilakah konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan di Malaysia?
  4. Kesetiaan kepada raja dan negara merupakan rukun negara yang ke-?
  5. Apakah cara yang patut dilakukan untuk mempertahankan warisan institusi beraja?
  6. Selain daripada kuasa dan peranan, adakah Institusi Raja dijamin oleh perlembagaannya?
  7. Adakah perlembagaan negara dapat didukung dengan meletakkan unsur kesetiaan kepada raja dan negara?
  8. Siapakah Yang di-Pertuan Agong ke-16?
  9. Apakah peranan pelajar dalam memartabatkan Institusi Raja?
  10. Persepsi terhadap institusi beraja yang dianggap satu simbolik dan untuk ritual keagamaan perlu dibetulkan kerana Islam bersifat syumul. Adakah anda menyokong kenyataan ini?